Friday, January 6, 2017

AKU DAH KONVO ! 2016

assaamuaaikumm..

alhamdulila syukur kepada yang maha esa diberi kesempatan merasai suasana hari konvo. huhu. bulan lepas 28 november 2016 buat pertama kali dalam sejarah kehidupan aku dapat merasai macamana orang2 lain konvo .. dan perkara paling berharga sekali dapat buat ibu dan ayah tersenyum..sekurang-kurang nya aku dah tunaikan sepersuku harapan dan impian besar ibu nak tengok aku konvo macam orang lain.

tiba2 teringat suatu masa dahulu zaman pak kadok . haha. nak dijadikan cerita aku dulu daripada sekolah rendah sampailah  sekolah menengah tak sepandai mana dan tak sehebat seperti pelajar2 straight A tp berkat dengan keazaman dan cita2 yang tinggi  berserta kekuatan diri melalui doa keluarga meletakkan di mana situasi aku sekarang ni. bukanlah aku nak cakap sekarang aku kerja hebat2 . tak.  tapi sekurang kurang aku dah boleh move on dan berani nak menghadapi pelbagai cabaran sepanjang kehidupan sebab itu penting !. kalau dulu asal nak pergi holiday je ayah mesti merungut cakap belajar taknak tapi berjalan nak. orang lain anak2 dorang pandai2 sebab tu dapat hadiah daripada ayh dorang macam2. sampai satu masa ontwey nak pergi holiday kL seingat akulah baru suku perjalanan belum masuk highway pun lagi tapi sebab result teruk ayah patah balik taw. paling kecewa ibu sampai menangis sebab ayah selalu kerja susah nak cuti sesuka hati jadinya kekecewaan kat hati tu sangat mendalam. fuhh~ sampai macam tu sekali tw. hmm

well tiba2 tercerita zaman dahulu kala pulak.. haha soo korang baca je laa. hihi..



masjid ums

Nak dijadikan cerita dan memori sepanjang hayat:) sebenarnya seminggu sebelum sampai tarikh konvo tu aku dah terbang ke KK dulu sebab-sebab utamanya nak ambil jubah konvo awal (takut dapat saiz besaqq), nak pre konvo dengan kawan-kawan dan saja nak round kk buat kali terakhir tapi insahaallah tak sebab nanti kawan2 kat sabah ni kahwin niat nak datang lagi..inshallah..aamin. masih segar dalam ingatan first sampai stay kat masjid kononnya taknak susahkan adik2 junior. mula terfikir juga selesa ke tak susah ke tak boleh ke tak dan bermacam2 lagi la. tapi alhamdulila sangat selesa dan mudah bagi orang macam aku ni. dalam dua tiga hari jugak stay kemudian check in hostel bayar 1 hari rm 5.. ermm okela kan sebab misi nya senang  nak ke tamu gadang (kira macam event untuk hari konvokesyen laa) dan tunggu bas tetapi timbul rasa kekesalan jugak sebab nak bagi tawu masjid lagi selesa dan aman. haha. menyesal tapi dah masuk soo teruskan je lah.. nak sangat kan :((

Bukit Kokol

Besoknya tuu, sepertimana yang dirancang bermulalah perjalanan kami untuk round satu KK sambil2 ber pre konvo. haha. oke ni salah satu tempat yang aku terjah adalah bukit kokol, bukit kokol ni sangat heaven taw sebab kabusss sangat tebal. kalau sesiapa yang holiday sampai sabah ni singgah la kat bukit kokol ni sebab korang boleh nampak satu kawasan KK dari atas bukit tu. saje ber pre konvo kat bukit kokol ni dan masa ni kitorang ambik gambar masa otw nak turun bukit tuu kat tepi2 jalan jee awak. hihi. alhadmdulila .. nak dijadikan cerita lagi kalau nak tawu macamana aku boleh sambung degree sampai sabah ni, masa dulu2 cita2 nak sangat pergi sabah ni sebabnya atas tahap pemikiran aku yang dulu aku berkata kalau aku tak sambung belajar kat sini family aku mesti takkan sampai sini dan kami sekeluarga takkan tahu macamana kehidupan di bumi bawah bayu ni. soo, aku tanam niat dan logo UMS tuu aku tampal besar2 kat almari bilik taw. hari hari aku balik sekolah aku akan tengok tengok dan tengok sampai laa aku apply upu mohon sabah. haha. parah jugak la kan .. begitula ceritanya. hmm untuk adik2 akak yang mana ada cita2 tak kira mana pun korang nak pegi nak sertai ke apa ke boleh la buat macam tu jugak. hihihhihi....



Taman Perdana, Tanjung Aru KK :)
(acah2 bersedia menuju bayarr hutang ptptn yang menggunung)
Berbalik semula pada aktiviti pre konvo, taman perdana ni biasa on waktu malam je sebab taman ni ada air pancut warna-warni ikut rentak lagu yang di mainkan.. hmm seronok :) kebiasaannya ramai orang awam santai2 kat sini waktu malam. masa ni kitorang habiskan masa satu hari dari pagi sampai malam pusing tempat2 yang menarik untuk pre konvo gamaknya . haha. punya ekcitedkan posing tanpa menghiraukan orang sekeliling yang melihat aksi kami ni. kalau nak cerita macam panjang sangat dan tak akan habis cerita soo layan je laa semua gambar2 kat bawah ni:)







menara jam ums:)












officially i'm fresh garduate UMS :)

alhamdulila family aku sampai sehari sebelum konvo. menjunjung terima kasih sebanyak banyaknya kepada semua yang pernah memberi motivasi sepanjang tiga tahun aku berada di bumi bawah bayu ni, specially family, kawan2 dan semuala yang pernah kenal atau tak. disebabkan mereka2 ni lah aku berjaya menghabiskan degree aku ni walaupun hampir putus asa sebab penat dan lelah yang tak boleh digambarkan. dann specialllly sangat untuk awak.. ye awak tu yang berjaya bertakhta dalam hati saya dan sentiasa ada bersama melayan saya sepanjang jatuh dan bangun yang tak jemur dengar suka duka nangiz sedih dan entah apa2 lagi dan dia pun layan je gamaknya. terima kasih awak:) alhamdulila.. semuanya tulang belakang aku. alhamdulila alhamdulila alhamdulila..okela rasa macam lama sangat dah tertangguh post ni.dah masuk tahun 2017 pun semoga azam baru 2017 ni tercapai dengan keberkatan yang maha esa. aamin :)

oke bye!
sambung next story :)


till end ^_-




No comments:

Post a Comment