Saturday, October 22, 2016

INTERNSHIP 2016

Assalamulaikum uolls:)
ya allah lamanya tak berbelog ni tapi mesti tak lupa dengan satu satunya blog ni. kalau semua nak tahu adhwa punya blog ni since 2009 lagi tau tapi sebab tak aktif so jadila macam chipsmore . hehe. lepas dah upgrade semula blog ni terus berazam nak aktif sampai bebila. hehe. inshaallah:) actually ni blog kedua adhwa since 2013 tak silap sebab yang lama tu lupa segala paswroddd. haha. jadi tak terlambat rasanya nak story stora balik ! hihi

So, apa khabar korang? terlalu banyak story adhwa yang dah terlepas nak di ilhamkan dalam blog ni. pertama , nak story 'official adhwa dah habis study' . dulu pernah story dalam blog ni masa baru empat bulan masuk IPTA , korang bolehla tengok blog archieve kalau tak percaya. kikiiki. now tengah OTW nak pakai jubah dan topi orang orang pakai masa nak konvo tuu. alhamdulila syukur tak terhingga pada yang maha esa sebab diberi peluang merasai nikmat jadi pelajar sehingga umur 23 tahun. wakakaka.. dah tua tau ! tapi muda sebab belum kahwin. hihi. mana tahu lepas ni dapat peluang nak sambung master pulak kan, sebab feel nak belajar lagi tu kuat sangat tapi macamana pun fokus yang sekarang ni dulu. 

17 Julai 2016 (AHAD tau)

Hari pertama berpraktikal ! wahhh macam best je dengarkan tapi no no no.. masa alam ni lah kita perlu banyak mencari sesuatu dan melihat situasi di alam pekerjaan, dekat sini kita nampak pelbagai gelagat pekerja dan cara bekerja seseorang tu betul ke salah ke seronok ke tak best ke dan bermacam hal lagi. Dalam situasi adhwa pulak , ohh ye lupa nak cakap adhwa berpraktikal di Jabatan Penerangan Negeri Johor. bila orang tanya best ke okey ke? adhwa akan senyum dan jawab alahmdulila sangat best. haha. hakikat tuu korang kena la rasa sendiri. actually seronok dan banyak pengalaman dalam dan luar yang adhwa dapat. dalam jabatan ni adhwa bahagian komunikasi visual dan seni reka. Eh, apa tu ? alaa.. baca pun dah tahu kan ni bahagian apa. hihi. oke bahagian ni adhwa ditugaskan untuk design banner, sticker, buku program, tagging dan banyak lagi la yang melibatkan designer untuk program jabatan. sesungguhnya, hehe.. alhamdulila penyelia yang guide adhwa masa tu banyak memberi ilmu sambil belajar belajar software yang entah pape tu tapi awesome untuk tambah ilmu bebanyak. hehe.




kebetulan masa adhwa masuk praktikal tu bulan hari raya tak habis lagi. hehe. sambutan rumah terbuka hari raya JPM ni termasuk bahagian daerah dorang akan maiii ibu pejabat untuk sesama meraikan sambutan hari raya. so gambar yang kat atas tu ada tujuh anak dara yang cun melecun sedang menjalani praktikal di JPM . ada yang daripada daerah so kitorang bergabung sekali. membina ukhwah katakan. hihi. alhadmulila menyeronokkan bagi ala ala childishh macam kami ni asyik nak selpiee selpod je. hehe. 




Gambar bersama staf dan kakitangan seluruh warga JPM. nak bitawu masa ni boss besaqq adhwa macam kenal tak kenal je dengan kami pelajar praktikkal ni . haha. takpelah boss kami ni senyum jer nampak boss yang tengok sepelik semacam je dengan kami. kikiki. tapi bila dh dua bulan berlalu amboii boss rajin menjenguk kami kat tempat kami dan boss dah rajin senyum. wahhh! satu kemajuan la jugak bagi kami . tak terasa macam orang asing kat situ. hihi



pizzz :)

tersengih lebar senyuman kan tapi korang nak tawu adhwa kat mana . haha. semestinya bertugas di hujung minggu bersama kakitangan JPM menjayakan program Mymerdeka. ni story bulan kemerdekaan pulak, walaupun hari cuti tambah penat dan tinggalkan ibu sesorang kat rumah sebab ibu adhwa ajak jalan jalan selalu kalau masa cuti hujung minggu ni. haha so terbantut. tapi takpe pengalaman ni tak semua orang faham dan dapat jadi sangat berharga kat dalam hati dan mata adhwa :)

8 oktober 2016 (khamis)

Pup pap pup pap pup papppp ! dah hari yang terkahir  berpraktikal di JPM ni. betul la kata orang sekarang walau apa pun yang kita buat masa tak pernah tunggu kita dan berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. well, alhamdulila tiga bulan bersama warga JPM sampai dah hafal semua perangai (kelakuan) masing masing dan semestinya nama tak pernah lupa sampai hari ini. alhamdulila allah maha mengetahui dan ia sebaik baik perancang. 



officially adhwa ex staf JPM
seribu satu kenangan tercipta yang tak pernah disangka dan terbayang. okelah tu je nak story stora ! harini . bye uolls :)


till end ^_> 


2 comments:

  1. singgah sini :D
    jemput join segmen saya ye
    https://mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..tq singgah sini. sy dh follow.. follow me . tq:)

      Delete