Tuesday, February 7, 2017

PENGALAMAN TEMUDUGA MASTER UiTM

Assalamualaikum.. sahabat2 blogger :)

Harini nak update mengenai entry yang tertangguh berkenaan continue study di peringkat sarjana ermm senang cite master laa kan. huhu


iV letter

Alkisahnya, aku tengah tunggu untuk hari berkonvo tak lama mana pun tiga minggu macam tu dan saje belek2 kos yang sesuai untuk sambung master ni kat uitm. Why u choose uitm?? ermm .. sebabnya uitm dihatiku. hihi. Pertama, dah tentu2 nak mendalami ilmu la kan. Kedua, sebenarnya rasa nak meneroka di tempat orang lain pulak sambil2 kita mendalami ilmu ke peringkat yang seterusnya, sebelum ni aku dah terjah negeri bawah bayu kali ni rasa nak sesuaikan diri di semenanjung tapi di luar negeri Johor. Ketiga, uitm banyak pilihan kos berkenaan bidang yang aku pelajari sebelum ini. Keempat, mungkin mencuba nasib dan market.. cehh gitteww. hihikk. 

.

Pokok pangkalnya tak kisah la apa tujuan korang yang penting membawa kebaikan dan perlu fokus dengan apa yang dipilih. Macam aku masa study degree mungkin dan mungkin laa aku banyak main-main dan rasa tiada kepuasan diri dalam menuntut ilmu tu untuk aku buat sesuatu sampai berjaya jadi apa salahnya kita usaha dengan lebih untuk ke peringkat yang seterusnya. Orang kata belajar tinggi-tinggi sehingga negeri Cina. Hanya sekadar perpatah tapi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat yang mendalam. Berbalik semula pada entry, masa tu tinggal satu minggu je sebelum tamat tempoh permohonan master ni, tergerak hati nak beli no Pin kat BSN so terus pergi dengan berbekalkan wang dalam lingkungan Rm 50 lebih sen sen camtula. Haa! korang nanti nak mohon master uitm jangan lupa beli No Pin taw:). Seterusnya, buka laman sesawang yang diberi tu dan isi laa maklumat semua tu dengan lengkap sehingga penamatnya, TAPP! setel je permohonan, aku pun berdoa dan bertawakal sambil berkata kalau ada rezeki tu adala inshaallah :)

.

Dalam masa lebih kurang tiga minggu sampai satu sms masuk daripada uitm. Masa tu hati dup dap dup dap apala agaknya isi maklumat sms ni. Direct laman sesawang yang diberi surat uitm berkata aku perlu datang iV..fuhh ni kira satu dugaan dan cabaran bagi aku untuk menjawab segala persoalan dan bermacam2 persoalan dalam fikiran dah masa tuu. Tulaa nak sangatkan mohon kan dah kenaa.. hahah.. apa boleh buat masa tu tanya semua orang2 yang terdekat dan mereka pun berkata pergi je laahh dapat tak dapat belakang citoo..huhu 

.

sooo.. zaaappp! pack2 sampai tarikh kat surat sepertimana yang korang nampak kat atas tu teruss pergi dengan hati bercelaru tapi cuba tenangkan diri bohhh..hihikk..uitm ni yang aku perasan gapp (masa) yang dorang bagi dari tarikh inform melalui sms tu memang tak lama tiba2 rasa dah nak sampai jekk. hmmm. 

.

Hari kejadian :)

Sebelum tu alhadmulila sampai la juga aku dekat uitm shah alam ni. First expression semasa kejadian yang korang perlu tahu atas pengalaman aku laa.. kita sharing is caring oke :), ni kira gambaran untuk korang yang nak pergi iV uitm akan datang dalam masa terdekat la kan:

i) Diberi dua helain kertas, helaian depan maklumat diri serba sikit helaian belakang jawab essay simple tapi jangan risau bukan yang jawab macam soalan spm 350 patah perkataan tuu. hihikk

ii) Masuk iV fully english , jawab je segala persoalan yang ditanya dan jawab dengan tenang              gitteww:) jangan risau bukan english mat salleh sangat tapi tak tawula kalau lain2 fakuti dan kos

iii) Siap! bolehla balik

tu jek awak awak :)

Misal kata kos korang tu ada perlukan segala fail or porfolio tuu.. haa bawak la ye. Masa aku tu memang mesti ada portfolio ni sebab kos art and design tapi disebabkan banyak yang belum sampai ke rumah yang masih terkandas di Sabah soo bawak la apa yang ada dan tawakal:) haha tu je la kerja aku tawakal tak kesudah.. hehe. Dan masa iV tu  ada ramai lec yang akan iV kita dan ramai student iV master ni cuma tak la seramai macam degree dulu ops! aku degree dulu ada iV jugak taw..fuhhh lecekkk.. haha nasib dah habis..hihi. 


Finally:)


Tak ingat berapa haribulan tapi yang pasti dah empat hari baru perasan sms *cogratulation...bla..bla..* hahah..actually jarang sebenarnya pihak U ni reject kita malahan dorang beri peluang tp macam aku ni suam2 suku pun masih rasa gumbira laa jugak walaupun entah apa2 je masa aku iV haritu. Apa apa pun bersyukur tu penting :)

.

Hakikatnya aku sendiri dan korang juga yang mana ada cita-cita nak sambung tuu kena perlu betul2 bersedia sebab semua perkara perlu ditumpukan. FOKUS, TENANG, TELITI, SEMANGAT, HATI , JIWA , FIKIRAN , BADAN, MATA DAN KAKI TANGAN semuanya perlu kental dan berwibawa. Fasa ni kau dikira membawa seribu harapan dan tanggungjawab untuk kejayaan di dunia malahan tak lupa juga akhirat :)




okey tu je nak share:)
till end

xoxo^_-

3 comments:

  1. wahhh, congratulations bakal convo 😄 lps habis degree, plan nak sambung master tp tak jadi. nak blaja bahasa asing plak. tukar angin 😉

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share!!! insyallah 13 Ogos 2017 ini saya interview di uitm dungun.cuak pulak. baru hari ni kelam kabut nk study..haha

    ReplyDelete