Monday, April 13, 2020

PART 1 ~ SOLEMNIZATION : CIK ADHWA NIKAH !

Assalamualaikum pembaca blogger dan semua hamba allah yang membaca entry ni, hihi :)


Alhamdulilah hari ini genaplah empat bulan dua puluh dua hari Adhwa memegang title sebagai seorang isteri dan semoga terus menjadi isteri yang solehah dan mithali di hati suami, keluarga dan keluarga mertua. 

Fuhhh ~ berhabuk blog Adhwa kali ni lama sungguh tak menaip post, inshaallah lepas ni Adhwa akan menjadi blogger tegar untuk update setiap cerita dan kisah kehidupan keluarga Adhwa eh, ada masa ke tu Adhwa ? walaupun hakikatnya masih berkerja makan gaji tetap ku gagahkan jua untuk post segala aktiviti kehidupan. hmm kenapa mesti kena update ek ? bagi Adhwa sendiri ini adalah coretan kebahagiaan kita untuk meluahkan segala perkara-perkara yang positif dan sudah tentu menjadi tatapan anak-anak di masa akan datang, inshaallah :).

*****

Berbalik kepada tajuk post harini, fuhh~berdebar rasa nak menaip macam-macam perasaan tengah bergolak di hati sekarang ni, hehe.

Sebenarnya, Adhwa bertunang eh kau bertunang ke Adhwa ? oh lupa Adhwa merisik pada bulan Jun 2019 bersamaan hari raya ketiga. Sejak zaman sekolah lagi Adhwa memang berazam taknak bertunang sebab bagi Adhwa bertunang banyak kerenah dan antara yang memerlukan bajet tinggi, jadi Adhwa awal-awal cakap dengan ibu.

Adhwa : ibu, nanti orang taknak tunang taw, nak merisik je !
Ibu : laa, kenapa? 
Adhwa : malulah, haha 

Sebelum ni Adhwa pernah terniat dalam hati nanti nak merisik musim hari raya dan hari raya yang jatuh hari jumaat em tak kisahlah hari jumaat tu hari raya keberapa sekali pun,
dan kebetulan masa tu hari raya ketiga jatuh pada hari jumaat, perbincangan antara Adhwa, ibu dan si dia. Masa ni ayah tak tawu lagi anak dia ni gatal dah nak kahwin dah. hehe
Perbincangan ni bermula pada awal tahun 2019 bila mana Adhwa dan si dia berbual kosong tup tup termasuk tajuk pasal kahwin ni.

Dipendekkan cerita, kedua keluarga setuju dengan tarikh dan hari yang nak merisik dan alhamdulilah dengan majlis serba sederhana dan sangat simple Adhwa dah pun selamat menjadi tunang orang, huhuhu.

*****


Sebelum ni pakai cincin pemberian ibu menandakan diri ini masih milik ibu tetapi saat ini jari tersarung lagi sebentuk cincin menandakan dah dirisik oleh si dia tetapi masih menjadi milik ibu lagi, hihi.

#alhamdulilah

*****

Hasil perbincangan majlis merisik yang di adakan tu maka tersebut la tarikh untuk melangsungkan hari pernikahan dan majlis persandingan yang bakal dilaksanakan nanti. huh berdebar taw !
dan masih tak percaya dah menjadi tunang orang hm yela kan selalu dengar orang je cerita bebual.

eh dia tu dah tunang la!
eh kau kenal yang tu dah bertunang haritu!

Tapi ini bukan bermakna Adhwa pun berebut-rebut nak kahwin jugak oke ! cuma dah sampai seru kata orang-orang tua, haa gituu.

Kalau korang nak tahu untuk berkahwin Adhwa ada dua azam yang dah terniat, erm tadi dah selesai satu azam nak merisik hari raya dan hari jumaat, Azam kedua ni pulak Adhwa nak nikah tarikh lahir sendiri dan hari jumaat juga !

 what ? eh mana kau nak cari yang ngam dengan semua tarikh tu, gamaknya tak kahwin la kau Adhwa

Memang nak dijadikan rezeki dan rezeki tak pernah salah alamat, alhamdulila 2019 memang memberi makna dan sejarah kehidupan dan juga semestinya sudah menjadi percaturan Allah swt. Dalam masa lima bulan daripada tarikh dirisik Adhwa perlu siapkan semua preparation untuk majlis sendiri yang sebelum ni asyik datang majlis orang dan sekarang menuju ke majlis sendiri, serius ini bukan main-main dan kena percaya Adhwa nak jadi isteri orang dah ! lap lap air mata jap masa ni .. sedih la juga, hihi

Tup tup dah hari raya aidiladha ! ayah dah siap tulis pada papan tulis kat rumah tu.

tarikh
hari
berapa anggaran tetamu
katering / menu masakan
total kos
 dan etc


Ibu: Along, nak bagi goodies apa nak?
Adhwa : tak kisah la bu, ikut ibu je
Ibu : Along kad dah siap belum nak ?
Adhwa : belum lg bu

Along .. along.. along.. 


dan bertalu-talu soalan ibu tanya selagi belum sampai tarikh majlis, haa begitula..
Dalam masa yang sama Adhwa bersyukur sebab mereka masih ada dan mengambil berat untuk semua persiapan  #alhamulilah

Dua tiga bulan sebelum majlis sudah menampakkan kebizian disitu dengan membayar segala deposit, huhu. Dan masa tu dah terfikir nak decide pindah kerja dekat dengan suami Adhwa nanti cuma tak terfikir panjang lagi, yelah tengah mood kahwin gitu tapi Adhwa ni ada satu nekad taw ! selalu percaya rezeki tu sentiasa ada dan kalau orang cakap

eh buat cepat2, eh mohon cepat2 nanti tak dapat! 

Adhwa punya positif memang tinggi sungguh sebab dia macam automatik dalam hati

"ala kejap lagi tu ada rezeki aku", " inshaallah tak harini mungkin esok giliran rezeki aku Allah bgi"

memang tak dinafikan positif Adhwa ni dari zaman sekolah, kerja, masuk U dan kerja lagi, antara salah satu tips yang Adhwa sendiri amal tapi tanpa kita sedar memang menjadi kenyataan sebab bila kita percaya pada Allah dan positif ia memang menjadi tetapi kalau kau was-was untuk positif wallauahalam atas pemberian yang maha esa bukan Adhwa untuk bercakap tidak.

*****

Pejam celik pejam celik lagi maka tinggal dua minggu untuk set up semua persiapan, makcik-makcik pun ada yang sudi datang menolong pack goodies, bantu siapkan hantaran Adhwa dan lain-lain juga, Mood masih sama makin nak dekat makin terasa hambar tapi cuba sedaya upaya untuk bangkit dari lena. haha.

Bakal suami Adhwa sendiri selalu ingatkan macam-macam dan terasa macam kata-kata hikmah seorang abang kepada adiknya. haha. No wonder la dia nampak tenang sebenarnya dalam hati berkobar-kobar juga tu nak memperisterikan sis, auchh!

Ikutkan plan Adhwa, asalnya waktu nikah selepas Zohor solat Jumaat  (22 November 2020, Jumaat). Tapi ayah sendiri decide dan minta kebenaran dengan tok kadi untuk mempercepatkan majlis akad nikah kami pada sebelah pagi. Masa tu Adhwa terfikir kenapa ayah decide nak cepat? adakah ayah yang berdebar ? haha. Ayah janji jam lebih kurang 9 pagi mesti wajib dah ada di Masjid dan dapat diselesaikan sebelum jam 11 pagi sebab masa tu hari jumaat risau orang akan mempersiapkan untuk jemaah solat jumaat.

*****



Perbincangan antara ayah dan tok kadi sambil menuggu rombongan keluarga pihak lelaki tiba:)

Perkara paling bahagia dalam kehidupan Adhwa sebagai anak perempuan ayah adalah ayah sendiri yang berjabat tangan dengan bakal suami untuk menikahkan Adhwa. Terima kasih ayahku!


*****



Sebenarnya, sebelum keluar rumah untuk ke masjid Adhwa chat bakal suami

Adhwa: nanti masuk masjid jangan tengok kita taw!
Bakal suami : kenapa ke tak boleh tengok pulak?

kejam tak Adhwa? haha, Adhwa cakap lepas tok kadi kata sah baru boleh toleh kita.. haa gittuu~

*****



Hai awak dah ready ke tu? 

Sebelum akad nikah berlangsung, masa ni sesi percubaan dulu ye guys! dengan hati ku yang bagaikan ombak besar yang sedang melanda pada saat ini sis masih cuba bertenang ye, huhu.. 
walaupun nama Adhwa sependek alam perlu juga mencuba untuk melancarkan dan memudahkan urusan akad nikah.

Masa ni sekali sekala terpandang wajah ayah, terasa hiba sangat..Sesungguhnya ! pengorbanan ayah tidak mampu along balas, kalau dulu along lahir ayah sambut along dan kali ini ayah juga sambut tangan lelaki yang akan menjaga along seumur hidup along sehingga akhir nafas along, love much ayah !

(auchh ! sedih pulak rasa sambil menaip ni sambil berkumandang lagu sayu terasa sayu hati ni:)


*****


SAH? SAH ? SAH? (tok kadi bertanya kepada saksi)

Alhamdulilah ! terus doa dibaca..

Alhamdulilah ! Alhmadulilah ! Alhamdulilah !
Terima kasih ya allah kerana kau hadirkan lelaki yang sudi menjadi pendamping Adhwa demi meneruskan kehidupan di masa akan datang kelak :)
Inshaallah.

*****


Atas permintaan ibu, Adhwa memberi hint mata sikit dengan suami untuk menunakan solat sunat dua rakaat selepas akad nikah.

Alhamdulilah! Terima kasih suamiku ;)
Semoga Allah s.w.t memberkati kehidupan kita dan senantiasa dalam perlindungan maha esa walau dimana keberadaan kita. Aamin ya allah;)

*****


.
.
.


Muka malu-malu ke tu Cik Adhwa? alahai..

Alhamdulilah! sesi penyerahan mas kahwin daripada suami kepada Adhwa serta disaksikan oleh keluarga, rakan-rakan dan tetamu yang hadir :)

.
.
.


Antara salah satu perkara yang Adhwa ssembunyi daripada suami adalah belikan suami cincin ni sebagai tanda hadiah daripada Adhwa untuk suami.

Cerita disebaliknya, tiga minggu sebelum majlis nekad pergi cari sorang-sorang  dan keluar masuk bermacam-macam kedai emas nak cari cincin silver yang cantik, cute, comel dan sesedap mata memandang gituu dan satu hari tu terjumpa yang ni dan rasa sangat sesuai dengan suami, jadiknya belilah dengan hati yang happy bagai nak melompat kat kedai emas tu juga. hihi.

Kebetulan lagi seminggu memang kami ada perjumpaan untuk sesi percubaan baju pengantin yang terakhir la macamtu, pada mulanya terfikir nak minta suami cuba ke tak ek cincin ni hmm fikir punya fikir bawak je lah nanti kut kut ada yang tak ngam dan tak kena ke boleh cari jalan lain, haa sampai gitu sis fikir taw! padahal seminggu lagi ni.

Tup! Tup!  cincin masuk separuh jari je guys. haha.
Keesokannya tu hari ahad dan nikah hari jumaat pada minggu yang akan datang tu, gigih keluar ke JUMBO untuk besarkan cincin suami.haihhh tula besar sangat jari dia ni ) hahaha

Dan Alhamdulilah dapat lah menyarung ke jari suami Adhwa yang sekaliganda dari jari sis ni. hehe.


*****



Sesi lafaz taklik antara suami isteri :)

Pencerahan sedikit tentang lafaz taklik, berkenaan tanggungjawab dan perlindungan suami ke atas isteri yang dinikahi.

selebihnya sila google, hihi.

Guys, masa ni suara yang selalu kuat boleh jadi suara yang paling slow dan lemah lembut bagaikan donut, haha. Alhamdulilah masih dalam mood bertenang :) cuba menghayati satu persatu perkataan yang dibaca oleh suami dan diri sendiri juga.

*****



My Family, Adhwa anak sulong daripada dua beradik dan yang kedua tu pun perempuan.
Bertambah lagi sorang ahli dalam keluarga kami, dan semoga bertambah lagi hehe, inshaallah;)

*****


My Big Family keluarga mertua Adhwa, alhamdulilah terima kasih ya allah:)
semoga kehadiran Adhwa memberi sejuta lagi kebahagiaan dalam keluarga ini
Aamin, inshaallah :)

*****


My Favourite Girl, mereka ni memang rakan dan sahabat sebab selalu ada dalam susah dah senang, pendengar setia dan tempat meluahkan segala yang terbuku di hati, love much darling-darlingku;)

*****


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.



22 NOVEMBER 2019 (HARI JUMAAT BERSAMAAN 26 RABIULAWAL 1441H)

OFFICIALLY HUSBAND WIFE !
 & HAPPY BIRTHDAY TO ME

(2 IN 1)


*****


HUSBAND,
Mere words cannot begin,
To tell you you how I feel.

You're the one thing in my life,
I can count on to be real.

We've had our ups and downs,
But whenever we're apart,
I still get an empty feeling,
Deep inside my heart.

We've stood the test of time,
We've walked the narrow road,
And at the end of every day
Its you I want to hold.

Im proud to be your wife,
Im proud to be your friend,
And if given the choice,
I'd do it all again

I  LOVE U SO MUCH HUSBAND !

*****


Alhamdulilah, sepanjang majlis akad nikah tadi semua berjalan dengan lancar dan sempurna dimata kami sekeluarga, syukur pada yang maha esa.

Baiklah, Adhwa akan continue part 2 untuk majlis bersanding dan outdoor kami, akan ku tepek segala ootd kami yang indah-indah belaka itu bagaikan nak pitam, hihi

Adhwa awak sewa atau beli ye veil tu? nice sangat !
Makeup tu area mana je cover ye Adhwa ? cantiklahhh!

Oke2 guys Adhwa akan buat new entry khas untuk veil, makeup dan hantaran Adhwa, inshaallah untuk korang yang nak melangsungkan majlis akan datang boleh juga dijadikan inspired dan idea, inshaallah :)



Till End *_>
Terima Kasih semua yang membaca entry Adhwa :)


No comments:

Post a Comment